Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 di negara ini terus mencatatkan penurunan dengan 0.97 pada hari ini.

Dalam satu hantaran Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan 1.03, manakala Sabah 1.16, Pulau Pinang (0.98), Johor (1.01), Kelantan (0.97), Melaka (1.03), dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan 1.04.

Wilayah Persekutuan Labuan pula mencatatkan 1.26, Wilayah Persekutuan Putrajaya (0.93), Negeri Sembilan (1.17), Kedah (0.95), Pahang (0.97), Perak (1.01), Terengganu (0.96), Sarawak (1.04) dan Perlis 0.92.

Semalam negara mencatatkan 0.99 Rt dan menunjukkan trend penurunan sejak beberapa hari lalu.

GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Jun 2021 @ 11:18 PM