Foto hiasan
Foto hiasan
Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 di negara ini mencatatkan 0.99 hari ini dan menunjukkan tren penurunan sejak beberapa hari lalu.

Dalam satu hantaran di Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, semalam negara mencatatkan 1.00 Rt.

Menurutnya, Selangor mencatatkan 1.06 Rt, manakala Sabah (1.16), Pulau Pinang (1.02), Johor (1.03), Kelantan (0.97), Melaka (1.10) dan Kuala Lumpur mencatatkan 1.05.

Katanya, Labuan pula mencatatkan 1.36 Rt, Putrajaya (1.03), Negeri Sembilan (1.18), Kedah (0.96), Pahang (1.02), Perak (1.02), Terengganu (1.00), Sarawak (1.02) dan Perlis 0.95.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Jun 2021 @ 9:21 PM