LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
Abnor Hamizam Abd Manap


Jempol: Pasangan suami isteri direman empat hari selepas disyaki mendera kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Felda Raja Alias Empat di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata, tempoh tahanan reman sehingga Selasa ini bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terperinci mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Katanya, ketika ini, mangsa masih dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah ( HTAN ) serta keadaan dilaporkan stabil dan ceria.

"Mangsa kini diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Jempol, katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, portal Harian Metro melaporkan pasangan suami isteri berusia 34 dan 35 tahun itu ditahan pada jam 4.10 petang semalam sebaik polis menerima laporan daripada orang awam pada jam 9.45 pagi.

Kanak-kanak itu dipukul oleh isteri suspek menggunakan rotan sehingga luka dan berbirat di bahagian badan selepas mangsa dikatakan membaling batu ke rumah orang.

Mangsa juga pernah dipukul oleh abangnya itu dengan penyangkut baju kerana disyaki mencuri duit ketika Ramadan lalu.

Berita berkaitan:

  • Polis tahan suami isteri disyaki dera budak 10 tahun
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Jun 2021 @ 7:31 PM