GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 di negara ini merekodkan penurunan sejak Ahad lalu dengan mencatatkan 1.06, semalam.

Dalam satu hantaran Facebook hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan 1.09 manakala Sabah 1.21, Pulau Pinang (1.12), Johor (1.04), Kelantan (1.12), Melaka (1.19), dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan 1.09.

Sementara Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan 1.49, Wilayah Persekutuan Putrajaya (1.09), Negeri Sembilan (1.24), Kedah (1.06), Pahang (1.13), Perak (1.11), Terengganu (1.09), Sarawak (1.09) dan Perlis 1.18.

KADAR Rt negara. FOTO Facebook Dr Noor Hisham Abdullah
KADAR Rt negara. FOTO Facebook Dr Noor Hisham Abdullah

Semalam, beliau turut berkongsi mengenai peningkatan kes Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak di bawah usia lima tahun yang semakin membimbangkan.

Justeru beliau berharap maklumat yang diberikan kementerian dapat memberi kesedaran kepada semua pihak terutama ibu bapa dan penjaga mengenai penularan wabak bagi peringkat usia itu.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Jun 2021 @ 10:52 AM