GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Mohd Iskandar Ibrahim


Kuala Lumpur: Kerajaan akan berbincang dengan Arab Saudi meminta kelonggaran supaya bakal jemaah Malaysia yang sudah menerima vaksin jenis Sinovac dibenarkan menunaikan rukun Islam kelima itu.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, berkata kerajaan Arab Saudi menetapkan hanya jemaah yang menerima vaksin Pfizer dan AstraZeneca dibenarkan menunaikan haji.

"Kalau mereka sudah disuntik dengan Sinovac, kita akan bincang dengan kerajaan Arab Saudi supaya diberi kelonggaran kepada mereka.

"Untuk jemaah haji yang belum divaksinasi atau melalui Tabung Haji, kita bagi suntikan Pfizer tetapi ada sebelum ini ada yang terlepas mendaftar sendiri dan diberi Sinovac.

"Saya difahamkan ia hanya membabitkan jumlah yang kecil," katanya pada sidang media selepas melawat PPV Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Mei 2021 @ 3:59 PM