JKM Sik sedang mencari waris Nor Sofea Shamila yang kini berusia lima tahun.FOTO Ihsan JKM
JKM Sik sedang mencari waris Nor Sofea Shamila yang kini berusia lima tahun.FOTO Ihsan JKM
Noorazura Abdul Rahman


Sik: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengesan ibu kandung atau waris seorang kanak-kanak perempuan yang kini berada di bawah jagaan agensi berkenaan sejak tiga tahun lalu.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Sik, Shamsul Izrin Isahak berkata, kanak-kanak dikenali sebagai Nor Sofea Shamila kini dianggarkan berusia lima tahun dirujuk polis kepada JKM pada 2019.

"Disebabkan ketika itu tiada ahli keluarga atau waris tampil untuk menuntut kanak-kanak ini, maka Mahkamah Kanak-Kanak Daerah Sik memerintahkan agar Nor Sofea Shamila diletakkan di bawah jagaan JKM.

"Tarikh sebutan semula kes kanak-kanak ini di Mahkamah Kanak-Kanak Daerah Sik adalah pada 21 Jun depan dan ahli keluarga mahupun ibu kandungnya diminta tampil," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Menurutnya, alamat terakhir ibunya ialah di Kampung Jering, Chepir, di sini.

Katanya, mereka yang mempunyai maklumat mengenai waris Nor Sofea Shamila diminta menghubungi Unit Kanak-Kanak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Sik menerusi talian 04-4690230.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Mei 2021 @ 1:33 PM