BOT dan empat nelayan Indonesia yang itahan APMM selepas dikesan melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan negara pada kedudukan 24.8 batu nautika barat daya Pulau Kendi, di sini, semalam. FOTO ihsan APMM

Zuhainy Zulkiffli

Georgetown: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan empat nelayan warga Indonesia selepas disyaki melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan negara, semalam.

Mereka ditahan pada kedudukan 24.8 batu nautika barat daya Pulau Kendi, di sini, kira-kira 3.30 petang.

Pengarah APMM Pulau Pinang, Kepten Abd Razak Mohamed berkata, pemeriksaan mendapati bot nelayan tidak bernombor itu dikendalikan empat kru termasuk tekong berusia 21 hingga 33 tahun.

"Mereka yang didapati tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri ditahan untuk siasatan. Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Katanya, orang ramai diminta memberi kerjasama sebarang kesalahan di laut dengan menyalurkan maklumat ke talian 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang 04-2626146.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Mei 2021 @ 1:22 PM