GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 mengikut kes harian untuk seluruh negara semalam berada di tahap 1.14, dengan Perak mencatat Rt tertinggi pada 1.32.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi infografik yang dikongsikan di akaun Twitter beliau memaklumkan, Terengganu merekodkan nilai Rt kedua tertinggi iaitu pada 1.29.

Turut dinyatakan ialah Kedah (1.22); Pulau Pinang (1.21); Melaka (1.18); Selangor dan Johor (masing-masing 1.17); Negeri Sembilan (1.12); Pahang (1.11) serta Kuala Lumpur (1.10).

Bagi negeri dan wilayah yang mencatat bacaan di bawah satu pula ialah Putrajaya (0.99); Sarawak (0.98); Kelantan (0.94) dan Sabah (0.89).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Mei 2021 @ 4:07 PM