LELAKI warga Nepal yang tersepit di bawah jentolak di sebuah kilang di Kulim. FOTO ihsan BOMBA
LELAKI warga Nepal yang tersepit di bawah jentolak di sebuah kilang di Kulim. FOTO ihsan BOMBA
Zuliaty Zulkiffli


Kulim: Lelaki warga Nepal maut akibat tersepit di bawah jentolak yang terbalik ketika melakukan kerja di sebuah kilang, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 4.18 petang.

Menurutnya, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi-Tech diketuai Fuat Ghazali dihantar ke lokasi.

"Setibanya di lokasi, sebuah jentolak dipercayai terbalik dan terdapat seorang mangsa tersepit di bahagian bawah.

"Anggota bomba menggunakan bantuan jentolak lain sebelum berjaya mengeluarkan mangsa," katanya dalam kenyataan, di sini.

Katanya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Mei 2021 @ 7:54 PM