Gambar bendera Perak separuh tiang di Stadium Perak di Ipoh yang ditularkan. Foto Ihsan Pembaca
Gambar bendera Perak separuh tiang di Stadium Perak di Ipoh yang ditularkan. Foto Ihsan Pembaca
Balqis Jazimah Zahari

Ipoh: Insiden sekumpulan individu menurunkan bendera Perak separuh tiang di Stadium Perak di sini, malam tadi berlaku kerana kesilapan teknikal.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya sudah menghubungi pihak stadium bagi menyiasat dan mendapatkan maklumat berhubung isu terbabit.

"Kita mendapati sebenarnya tiada isu, ia cuma berlaku kesilapan teknikal kedudukan bendera Perak di tiang tengah dan tepi sahaja," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

A Asmadi berkata, justeru mereka yang berkaitan dinasihati agar tidak terus menerus bertindak menularkan isu terbabit.

"Perkara ini sepatutnya perlu diusul ke pihak pengurusan tertinggi stadium dahulu (untuk mendapatkan kepastian).

"Kita sudah menasihati mereka, tidak perlu ada pihak tularkan isu itu kerana apa yang penting pada ketika ini kita tengah fokus isu kes Covid-19 yang sedang meningkat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Mei 2021 @ 3:44 PM