MAJLIS berbuka puasa di sebuah hotel yang didapati melanggar SOP PKPB. FOTO tular
MAJLIS berbuka puasa di sebuah hotel yang didapati melanggar SOP PKPB. FOTO tular
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Polis akan merujuk kertas siasatan Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 di sebuah hotel, di sini, 29 April lalu yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) minggu depan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kertas siasatan sedang dilengkapkan dan dirujuk ke Pejabat TPR untuk arahan selanjutnya.

"Setakat ini 17 orang sudah dipanggil memberi keterangan termasuk penganjur bagi membantu siasatan.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 21 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) Kawalan Pergerakan Bersyarat (No 4) 2021," katanya kepada Harian Metro.

Harian Metro sebelum ini melaporkan polis membuka kertas siasatan berkaitan penganjuran Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 di sebuah hotel yang turut dihadiri beberapa artis.

Siasatan dijalankan selepas didapati berlaku pelanggaran SOP PKPB.

Berita berkaitan

'Selama dua jam di majlis itu, semua ikut SOP'

Majlis berbuka puasa langgar SOP, penyanyi dan selebriti dipanggil

Polis siasat Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Mei 2021 @ 11:17 AM