GADAIAN emas membantu peniaga memulakan perniagaan. - Gambar hiasan
GADAIAN emas membantu peniaga memulakan perniagaan. - Gambar hiasan
Muhamad Shaifullah Tayep

MEMULAKAN perniagaan sendiri dilihat sebagai trend baharu untuk menjana pendapatan tambahan terutamanya selepas negara dilanda pandemik Covid-19.

Namun, ramai usahawan muda dilihat cepat mengalah dan tidak mampu menempuh cabaran dalam tempoh awal perniagaan gara-gara masalah kewangan atau kekurangan modal.

Membantu anda memulakan perniagaan, Pos Malaysia Berhad menawarkan khidmat Pajak Gadai Islam (Pos ArRahnu) di 80 cawangan Pos Malaysia terpilih bagi membantu orang ramai khususnya usahawan muda yang memerlukan modal.

Proses permohonan Pos ArRahnu mudah, cepat dan tidak memerlukan dokumen seperti penyata bank atau slip gaji.

Anda hanya perlu membawa emas untuk dicagarkan.

Dengan Pos ArRahnu, peminjam kurang risiko berdepan tindakan saman atau muflis jika tiada kemampuan membayar balik pinjaman.

Peminjam diberikan masa sehingga enam bulan untuk menebus kembali emas yang dipajakkan.

Jika tidak mampu, peminjam boleh melanjutkan tempoh pinjaman sehingga enam bulan tambahan.

Peminjam akan diberikan tiga kali notis sebelum Pos ArRahnu melelong emas untuk membiayai jumlah pinjaman berserta upah simpan yang peminjam tidak mampu bayar.

Pos ArRahnu juga menawarkan pembayaran yang fleksibel iaitu bayaran secara ansuran sama ada mingguan atau bulanan yang memberi manfaat kepada peniaga kecil yang bergantung kepada keuntungan secara harian.

Pos ArRahnu juga menawarkan kadar upah yang rendah berbanding dengan pajak gadai konvensional.

Sebagai contoh Pos ArRahnu menawarkan serendah RM0.56 bagi setiap RM100 nilai marhun (emas) sebulan.

Dengan Pos ArRahnu, had pembiayaan yang ditawarkan adalah sehingga RM60,000 sehari dan tidak melebihi RM250,000 seorang berserta perlindungan insurans.

Pos ArRahnu menerima semua jongkong emas terpilih yang bersijil dan turut menawarkan khidmat cucian barang kemas pada harga RM3 untuk setiap barang kemas berserta penilaian zakat secara percuma.

Peraduan Cagar dan menang

Image

Pos Malaysia sedang menganjurkan peraduan Cagar & Menang di mana anda berpeluang memenangi kereta idaman dan hadiah lumayan bernilai sehingga RM300,000.

Cagar emas anda hari ini sehingga 31 Disember 2021 di mana-mana 80 cawangan Pos ArRahnu seluruh negara.

Syarat kelayakan hanyalah dengan cagaran nilai pembiayaan minimum emas RM5,000 berdasarkan nilai emas semasa dan tempoh cagaran yang diperlukan hanyalah tiga bulan.

Simpan Surat Akuan Gadai (SAG) sebagai bukti dan ikuti Pos Malaysia di Facebook, Instagram dan Twitter untuk pengumuman pemenang.

Pengumuman dan pemberian hadiah pemenang akan dilakukan dua kali sepanjang tempoh peraduan.

10 pemenang bertuah akan dipilih setiap enam bulan dan hadiah akan dibahagikan kepada lima kategori iaitu hadiah utama, kedua, ketiga, keempat dan hadiah saguhati. 

Pemenang hadiah utama akan membawa pulang Proton X50 1.5T Std, manakala hadiah kedua, ketiga dan keempat masing-masing akan menerima Proton Iriz 1.3 CVT Std, Proton Saga 1.3 AT Std dan Yamaha Y15 150ZR.

Pemenang hadiah saguhati pula akan menerima Pos ArRahnu 1 Dinar Gold Bar bernilai RM1,100 setiap satu.

Apa tunggu lagi? Kunjungi mana-mana 80 cawangan Pos ArRahnu seluruh negara sekarang! 

Layari laman web Pos Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peraduan Cagar & Menang Pos ArRahnu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 April 2021 @ 10:53 AM