GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: Harga runcit bagi petrol RON97 naik empat sen menjadi RM2.58 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, harga baharu itu adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Harga runcit produk terbabit adalah bagi tempoh 22 sehingga 28 April ini.

MOF berkata, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit RON95 dan diesel pada harga siling meskipun, harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk meningkat.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terpelihara.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 April 2021 @ 5:51 PM