Omar Ahmad
am@hmetro.com.my

Johor Bahru : Jabatan Agama Islam negeri Johor (JAINJ) tidak akan menggunakan 'van jenazah' bagi mengangkut umat Islam yang ditangkap kerana ponteng puasa.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri Johor, Tosrin Jarvanti berkata, tindakan itu bagi menjaga aib individu berkenaan.

"Bagaimanapun, tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap mereka yang ditangkap kerana tidak berpuasa.

"Pada masa sama, JAINJ akan mengambil pendekatan memberi nasihat kepada umat Islam yang ditahan," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Festival Sekolah Agama Angkat Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dengan kerjasama JAINJ di Yayasan Warisan Johor, di sini, hari ini.

TOSRIN Jarvanti (tengah) bersama guru dari sekolah angkat KPRJ pada perasmian Festival Sekolah Agama Angkat Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) di Yayasan Warisan Johor, hari ini. FOTO Omar Ahmad

Dalam pada itu, Tosrin berkata, pihaknya mengenal pasti 15 lokasi 'port' beli makanan di Johor Bahru dan Johor Bahru dan Kulai, termasuk restoran atau kedai makan yang berselindung atau guna pintu belakang.

"Penguat kuasa akan sentiasa menjalankan pemeriksaan dan risikan di lokasi yang dikenal pasti, sebelum membuat tangkapan terhadap individu tidak berpuasa.

"Jangan suka hati hendak makan dan minum dengan bersembunyi kerana penguat kuasa akan bergerak di seluruh lokasi yang dikenal pasti bermula esok," katanya.

TOSRIN Jarvanti (tengah) bersama guru dari sekolah angkat KPRJ pada perasmian Festival Sekolah Agama Angkat Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) di Yayasan Warisan Johor, hari ini. FOTO Omar Ahmad
TOSRIN Jarvanti (tengah) bersama guru dari sekolah angkat KPRJ pada perasmian Festival Sekolah Agama Angkat Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) di Yayasan Warisan Johor, hari ini. FOTO Omar Ahmad

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 April 2021 @ 2:05 PM