MUNCUNG botol plastik berkenaan. FOTO Ihsan Bomba
MUNCUNG botol plastik berkenaan. FOTO Ihsan Bomba
Togi Marzuki


Pontian: Seorang lelaki berusia 47 tahun berdepan detik mencemaskan apabila kemaluannya tersekat pada muncung sebuah botol plastik, semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Julia Sani berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 7.18 malam.

Katanya, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) bersama enam anggota dihantar ke Hospital Pontian, di sini, bagi membantu menyelamatkan mangsa.

"Setibanya di Hospital Pontian, didapati seorang lelaki dewasa berusia 47 tahun dengan kemaluannya tersekat pada muncung sebuah botol plastik.

"Alat sulit lelaki berkenaan membengkak menyebabkan ia sukar dikeluarkan dari muncung botol plastik itu menyebabkan dia ke Hospital Pontian bagi mendapatkan bantuan.

"Anggota bomba bertindak memotong botol berkenaan menggunakan satu unit alat peralatan khas pemotong sebelum berjaya mengeluarkan kemaluan lelaki itu dari muncung botol plastik berkenaan," katanya dalam kenyataan, di sini.

Julia berkata, operasi berjalan kira-kira 20 minit.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 April 2021 @ 8:44 AM