DATUK Hasanuddin Hassan (kiri). FOTO Zuliaty Zulkifli.
DATUK Hasanuddin Hassan (kiri). FOTO Zuliaty Zulkifli.
Zuliaty Zulkiffli


Kubang Pasu: Individu yang berhasrat untuk merentas negeri dan 'curi-curi' pulang ke kampung untuk menyambut Ramadan tanpa surat kebenaran polis serta alasan munasabah akan dikenakan tindakan jika ditahan polis.

Bagaimanapun, Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, kelonggaran akan diberikan sekiranya individu dari negeri yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bergerak ke negeri PKPP dengan syarat menunjukkan surat kebenaran polis.

"Kalau dari negeri PKPB (Bersyarat), mungkin kita akan periksa lebih terperinci sikit dan kalau tak ada (surat) ketepilah.

"Jika ada berlakunya kecemasan, kita boleh benarkan dan kita boleh nilai individu berkenaan yang nak balik atas sebab kecemasan atau saja-saja nak balik kampung," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, hari ini.

Hasanuddin berkata, setakat ini sekatan jalan raya (SJR) masih dilakukan di kawasan bersempadan negeri ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 April 2021 @ 6:25 PM