GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
BERNAMA

Melaka: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM181,495.67 di Ladang Tanah Merah A3 Division Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Ketua JSJN Melaka Superintendan Zulkiflee Rashid berkata, dadah berkenaan membabitkan 1,896 kes dan kertas siasatan yang sudah selesai dijatuhkan hukuman mahkamah, antara 1995 hingga 2000.

Beliau berkata, barang kes yang dilupuskan antaranya, heroin sebanyak 445.351 gram (g), kanabis (1,467g), monoacetylmorphines (229g), methaphetamine (1,777g), ketamin (24g), moma (104 biji), mitragynine (221.465 liter), nimetazepam (326 biji) dan kafein (0.01g).

"Semua yang dilupuskan adalah barang kes yang sudah selesai dianalisa oleh Jabatan Kimia dan telah selesai proses perbicaraan atau perundangan.

"Pelupusan barang kes berkenaan dilakukan oleh Syarikat Kualiti Alam Sdn Bhd, yang mempunyai peralatan dan kepakaran dalam urusan pelupusan barangan berjadual, yang mematuhi kehendak piawaian alam sekitar," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 April 2021 @ 4:25 PM