KARTHIK Mahnogar,33, dicari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. FOTO ihsan PDRM
KARTHIK Mahnogar,33, dicari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. FOTO ihsan PDRM
Muhaamad Hafis Nawawi


Ampang: Polis giat mengesan seorang lelaki yang masih bebas bagi membantu siasatan kes dadah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek, Karthik Mahnogar, 33, dicari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurutnya, alamat terakhir suspek di No-07-04 Pangsapuri Selasih Indah, Batu Caves, Selangor.

"Suspek berkenaan atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenainya boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Fitri FarhanWan Chik di talian 017-2952202," katanya dalam kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 April 2021 @ 1:25 PM