Penunggang dan pembonceng motosikal KTM Duke maut selepas dirempuh Perodua Myvi dipandu seorang lelaki dalam kemalangan di kilometer (KM) 9 Jalan Kluang Teck Wah Heng, lewat malam tadi.
Penunggang dan pembonceng motosikal KTM Duke maut selepas dirempuh Perodua Myvi dipandu seorang lelaki dalam kemalangan di kilometer (KM) 9 Jalan Kluang Teck Wah Heng, lewat malam tadi.
Mohamad Fahd Rahmat


Kluang: Penunggang dan pembonceng motosikal maut selepas dirempuh kereta dalam kemalangan di Kilometer 9, Jalan Kluang Teck Wah Heng di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Law Hang Seng berkata, mangsa dikenali sebagai Marzuki Abu Bakar, 38 dan Mohamad Farid Ismail, 40, meninggal dunia serta merta di lokasi kejadian.

Katanya, pihaknya menerima maklumat pada jam 9.59 malam berhubung kemalangan maut membabitkan sebuah Perodua Myvi dengan dua motosikal.

"Hasil siasatan awal mendapati, Perodua Myvi dan motosikal KTM Duke ditunggang mangsa dari arah Kluang menghala ke Renggam.

"Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu seorang lelaki berusia 32 cuba mengelak kenderaan yang memotong dari arah bertentangan dan terlanggar motosikal ditunggang mangsa.

"Kejadian itu menyebabkan motosikal ditunggang Marzuki terbabas hingga terlanggar elektrik dan papan tanda di tepi jalan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, Marzuki dan Mohamad Farid meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi penunggang motosikal yang terlanggar tiang elektrik yang melintang di tengah jalan akibat kemalangan itu, tidak dapat dikesan.

"Seorang lagi penunggang motosikal yang datang dari arah Kluang menghala ke Renggam tidak perasaan tiang TNB di atas jalan raya lalu melanggarnya.

"Pemandu Perodua Myvi kemudiannya membuat laporan di Balai Trafik Kluang, bagaimanapun penunggang sebuah lagi motosikal yang terbabit dalam kemalangan itu tidak dapat dikesan," katanya.

Beliau berkata, pemandu Perodua Myvi ditahan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Mayat dibawa ke Hospital Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 April 2021 @ 6:47 PM