GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Samadi Ahmad


Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju melanjutkan tarikh tutup permohonan UPUOnline bagi kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) sesi akademik 2021/2022 sehingga 5 petang, 7 April ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, keputusan itu diambil kerana kementeriannya prihatin dengan kekangan masa yang dihadapi oleh pemohon berikutan anjakan masa jadual peperiksaan bagi lepasan SPM dan STPM serta setarafnya.

Katanya, sehubungan itu, permohonan kemasukan ke IPTA dan ILKA sesi akademik 2021/2022 boleh dibuat di http://upu.mohe.gov.my.

"KPT berharap keputusan ini dapat memberikan kelonggaran masa serta memudahkan urusan pemohon untuk melanjutkan pengajian," katanya melalui kenyataan media, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Mac 2021 @ 5:47 PM