Pengalaman realiti (AR) Magnum pertama yang diilhamkan dari Magnum.
Pengalaman realiti (AR) Magnum pertama yang diilhamkan dari Magnum.
Hanis Aliaa Hidzir

JENAMA aiskrim premium Magnum, baru-baru ini melancarkan Magnum Playground sebuah pengalaman realiti (AR) pertama diilhamkan dari Magnum.

Melalui Magnum Playground, penggemar air krim dapat menikmati keseronokan Magnum Cookies & Cream terbaharu melalui pelbagai aktiviti maya yang pastinya memberikan pengalaman dan kegembiraan berbeza.

Magnum Playground kini dibuka untuk semua dan pengguna hanya perlu mengimbas kod QR di bawah melalui telefon pintar atau klik pautan ini untuk merasai pengalaman istimewa di Magnum Playground. 

Image

Alami keseronokan di tiga stesen menarik dan peluang menang hadiah bernilai sehingga RM10,000

Terdapat tiga stesen untuk diterokai di mana pengguna boleh menggunakan sistem navigasi ke stesen berbeza dengan hanya menekan butang kiri atau kanan. 

Di stesen pertama, pengguna dapat melontar aiskrim Magnum ke arah belon emas untuk maklumat lanjut tentang Magnum Cookies & Cream. Sekiranya bernasib baik, pengguna juga berpeluang mendapatkan kod promosi foodpanda bernilai RM5.

Selain itu, pengguna juga dapat menyaksikan video Magnum Cookies & Cream terbaharu dan memesan aiskrim melalui foodpanda di stesen kedua. 

Di stesen terakhir, pengguna perlu mengaktifkan kamera telefon pintar untuk mengakses penapis AR #PlayfullyMagnum seterusnya mengambil gambar atau video secara kreatif dengan penapis tersebut. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nasha (@nashanazari)

 

Pengguna juga berpeluang memenangi hadiah bernilai RM10,000 dengan hanya memuat naik gambar atau video kreatif yang diambil ke media sosial.

Untuk mengambil bahagian, ikuti langkah di bawah:

  1. Ambil gambar atau video kreatif menggunakan penapis AR #PlayfullyMagnum
  2. Muat naik gambar atau video kreatif tersebut ke Instagram dan pastikan profil dalam tetapan umum
  3. Tag @wallsmalaysia beserta #MagnumPlayground dalam kapsyen suapan Instagram

Ketahui lebih lanjut mengenai pertandingan Instagram Magnum Playground di pautan ini.  

Gandakan keriangan dengan Magnum Cookies & Cream

Image

Nikmati keseronokan di Magnum Playground bersama Magnum Cookies & Cream terbaharu yang disaluti lapisan tebal coklat putih Belgium dan serbuk biskut rangup. 

Disempurnakan pula dengan rasa manis berkrim dan serpihan biskut coklat pasti memberikan rasa ikonik yang tidak dapat dilupakan. 

Penggemar aiskrim kini boleh mendapatkannya di pasar raya, kedai serbaneka, kedai petrol, termasuk melalui servis penghantaran makanan seperti FoodPanda dan Grab Food sekarang. 

Untuk pengalaman berbeza dan maklumat lanjut mengenai Magnum Cookies & Cream, layari laman web magnumplayground.magnumicecream.com.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Mac 2021 @ 4:57 PM