BONGKAH konkrit jatuh di Lebuh Ampang menyebabkan laluan trafik sesak di kawasan berkenaan. FOTO tular Twitter
BONGKAH konkrit jatuh di Lebuh Ampang menyebabkan laluan trafik sesak di kawasan berkenaan. FOTO tular Twitter
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Ampang Jaya: Polis mengeluarkan saman terhadap pemandu lori yang cuai hingga menyebabkan bongkah konkrit jatuh di Lebuh Ampang di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohammed Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku kira-kira 7 pagi menyebabkan laluan trafik sesak di kawasan berkenaan.

"Tidak ada laporan polis dibuat berhubung kejadian, namun polis sudah mengeluarkan saman terhadap pemandu lori terbabit.

"Bongkah konkrit itu sudah dialihkan dan laluan kembali lancar kira-kira setengah jam kemudian," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, tular gambar menunjukkan bongkah konkrit di atas jalan raya di kawasan Lebuh Ampang dari arah Taman Melawati ke Dataran Ukay.

Pengguna juga dinasihatkan menggunakan laluan alternatif ketiak kerja pengalihan dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Mac 2021 @ 11:44 AM