GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Kuala Terengganu: Kluster Ladang Bukit yang menjadi kluster baharu kes Covid-19 di Terengganu berpunca daripada ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) di tempat kerja, kata Pengarah Kesihatan negeri Dr Nor Azimi Yunus.

Katanya, sejak kluster itu didaftarkan pada 12 Mac lalu, 96 individu disahkan positif Covid-19 dan 1,023 kontak rapat dikesan membabitkan empat daerah iaitu Kemaman, Dungun, Marang dan Kuala Terengganu.

Menurutnya, kluster Ladang Bukit membabitkan jangkitan di tempat kerja di Kerteh dengan 49 daripada 161 pekerja dikesan positif Covid-19 secara serentak.

"Untuk kluster ini seramai lima murid dan seorang guru dari enam sekolah rendah turut dijangkiti," katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik laman Facebooknya, hari ini.

Beliau berkata, penularan Covid-19 boleh dicegah sekiranya orang ramai mematuhi SOP di tempat kerja bagi mengelak kluster seperti Ladang Bukit.

Beliau turut mengingatkan orang ramai untuk mendaftar sebagai penerima vaksin secepat mungkin.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Mac 2021 @ 12:05 PM