Penyediaan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech. FOTO ASYRAF HAMZAH
Penyediaan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech. FOTO ASYRAF HAMZAH
Suraya Roslan


Kuala Lumpur: Kerajaan bersetuju memasukkan ahli farmasi komuniti ke dalam kategori dua sebagai petugas barisan hadapan layak menerima vaksin.

Kategori Dua merujuk kepada anggota petugas barisan hadapan yang terbabit dalam sektor kesihatan, agensi pertahanan, anggota keselamatan dan perkhidmatan penting.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), Bil 6/2021 yang diadakan semalam dipengerusikan bersama Menteri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersetuju untuk memasukkan ahli farmasi komuniti dalam kategori dua bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

"Ini susulan permohonan daripada Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) dan Malaysian Community Pharmacy Guild (MCPG).

"Keputusan ini bakal memberi manfaat kepada hampir 4,000 ahli farmasi komuniti di Malaysia untuk diberikan vaksin Covid-19 dalam fasa pertama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Mac 2021 @ 2:24 PM