FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim


Kota Bharu: Lebih 14,000 individu di Kelantan sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 fasa pertama sehingga semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin berkata, kesemua penerima membabitkan petugas barisan hadapan.

"Pada 4 Mac lalu, lebih 9,000 dos vaksin tambahan tiba di Kelantan dan kita akan terima lagi vaksin berkenaan secara berperingkat.

"Kita harap proses suntikan berjalan lancar di 39 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di negeri ini," katanya dihubungi.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Mac 2021 @ 5:53 PM