GAMBAR fail NSTP.
GAMBAR fail NSTP.
Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) komited memperkukuhkan infrastruktur keselamatan siber negara yang berpandukan Strategi Keselamatan Siber Malaysia (MCSS) 2020-2024 secara berterusan.

Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, membangunkan keselamatan siber penting untuk menjamin infrastruktur maklumat kritikal negara berada dalam kesiapsiagaan selain kekal selamat dan berdaya tahan.

Katanya, sehingga 2020, Malaysia mempunyai seramai 12,083 profesional keselamatan siber dan tenaga kerja yang berpengetahuan untuk membantu memupuk generasi berpengetahuan yang mampu memahami serta menangani ancaman keselamatan siber yang terus berkembang.

"Melalui CyberSecurity Malaysia, kursus kemahiran dan pensijilan keselamatan siber turut disediakan.

"Pelaksanaan Global Accredited Cybersecurity Education (ACE) adalah kerangka holistik pensijilan profesional keselamatan siber.

"Seramai 9,929 tenaga kerja profesional keselamatan siber diiktiraf pada 2020," katanya.

Menurutnya, CyberSAFE bertujuan meningkatkan kesedaran dan memupuk amalan terbaik mengenai penggunaan ICT yang selamat serta positif dalam kalangan pengguna internet.

"Malaysia turut memperkukuhkan kerjasama keselamatan siber di peringkat antarabangsa melalui pelbagai platform antaranya Forum Serantau Asean (ARF), Asean Japan Cybersecurity Capacity Building Centre (AJCC BC), Asean Computer Emergency Response Team (ASEAN CERT).

"Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Asia Pasifik (APCERT), Organisasi Kerjasama Islam iaitu Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer (OIC-CERT), Forum for Incident Response Security Team (FIRST), Malaysian Technology Cooperation Programme (MTCP) adalah inisiatif di bawah Kementerian Luar Negeri," katanya.

"Melalui CyberSecurity Malaysia, kursus kemahiran dan pensijilan keselamatan siber turut disediakan.

"Pelaksanaan Global Accredited Cybersecurity Education (ACE) adalah kerangka holistik pensijilan profesional keselamatan siber.

"Seramai 9,929 tenaga kerja profesional keselamatan siber diiktiraf pada 2020.

"CyberSAFE bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan memupuk amalan terbaik mengenai penggunaan ICT yang selamat serta positif dalam kalangan pengguna internet.

"Malaysia turut memperkukuhkan kerjasama keselamatan siber di peringkat antarabangsa melalui pelbagai platform, antaranya Forum Serantau Asean (ARF), Asean Japan Cybersecurity Capacity Building Centre (AJCC BC), Asean Computer Emergency Response Team (ASEAN CERT).

"Serta Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Asia Pasifik (APCERT), Organisasi Kerjasama Islam iaitu Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer (OIC-CERT), Forum for Incident Response Security Team (FIRST), Malaysian Technology Cooperation Programme (MTCP) juga inisiatif di bawah Kementerian Luar Negeri," katanya.

Selain itu, Saifuddin berkata, sektor ekonomi kreatif menyumbangkan turut RM29.4 bilion (1.9 peratus) kepada KDNK negara pada 2019.

Menurutnya, sektor ini juga memberi 859,900 orang peluang pekerjaan yang merangkumi 5.7 peratus daripada jumlah peluang pekerjaan Malaysia.

"Menerusi Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (Prisma), ia dilancarkan sebagai usaha untuk membantu penggiat seni dalam penghasilan karya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Mac 2021 @ 9:00 AM