GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Petaling Jaya: Polis menahan dua lelaki yang terbabit dalam pergaduhan di Damansara di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.20 petang itu, lelaki yang juga pemandu teksi dipukul menggunakan besi pengunci stereng miliknya.

Difahamkan, kejadian berpunca apabila seorang penunggang motosikal menegur pemandu teksi kerana menghimpitnya.

Berang ditegur, pemandu teksi itu mengeluarkan besi pengunci stereng untuk memukul penunggang terbabit.

Bagaimanapun penunggang itu merampas besi pengunci motosikal dan memukul lelaki berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan tangkapan.

"Kedua-dua individu terbabit ditahan untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 120/324 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Mac 2021 @ 10:19 AM