GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menggesa pemandu yang memenuhi kriteria kelayakan segera membuat semakan dan mengemaskini maklumat bagi mendapatkan bantuan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI).

Agensi itu dalam kenyataan memaklumkan, semakan dan kemas kini boleh dibuat di http://permai2021.apad.gov.mysebelum 12 Mac ini.

Menurutnya, ia bagi memastikan penyaluran bantuan berjalan dengan teratur.

"Sehingga semalam, seramai 3,419 pemandu teksi; 6,783 syarikat bas sekolah dan 931 syarikat bas persiaran yang dikenal pasti perlu mengemas kini maklumat bagi bantuan ini.

"APAD memohon kerjasama pemandu teksi serta syarikat bas sekolah dan syarikat bas persiaran yang memenuhi kriteria kelayakan agar mengambil tindakan segera mengenai perkara ini," katanya hari ini.

Katanya, pembayaran kepada senarai pemandu yang sudah mengemaskini maklumat akan dibuat bermula 15 Mac ini.

Pemberian bantuan RM500 secara sekali beri untuk pemandu e-hailing, teksi, bas sekolah dan pemandu bas persiaran adalah sebahagian daripada 22 inisiatif PERMAI untuk melindungi ekonomi dan kesejahteraan rakyat semasa berdepan pandemik Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Mac 2021 @ 4:13 PM