Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang ketika menyelamatkan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang terperangkap dalam kereta terkunci di Lintang Mayang Pasir di sini. FOTO IHSAN JBPM

Zuhainy Zulkiffli

Bayan Lepas: Suami isteri berdepan detik cemas apabila anak perempuan mereka berusia dua tahun terperangkap dalam kereta yang terkunci di Lintang Mayang Pasir, di sini, hari ini.

Ketua Operasi Mustakin Mohd Salleh dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru berkata, pihaknya menerima panggilan pada 12.54 tengah hari dan mendapati kanak-kanak itu sedang leka bermain di dalam kereta Honda City sebaik tiba di lokasi.

"Anggota bomba kemudian menggunakan peralatan khas bagi membuka pintu kereta dan kanak-kanak itu berjaya diselamatkan tidak lama kemudian.

"Difahamkan, kanak-kanak itu ditinggalkan di dalam kereta sementara ibu bapanya mengambil seorang lagi anak mereka di taska berhampiran, " katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Mac 2021 @ 3:16 PM