INSIDEN berkenaan yang tular.
INSIDEN berkenaan yang tular.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Sekumpulan lelaki membuat kecoh di sebuah restoran di Jalan Tun Sambathan di sini, semalam, dengan membaling kerusi dan meja.

Tindakan kumpulan berkenaan yang dilihat mengamuk itu tular di media sosial hari ini.

Berdasarkan video yang ditularkan, beberapa lelaki dilihat membaling kerusi dan meja milik restoran berkenaan.

Kumpulan itu juga dilihat seakan-akan bergaduh dipercayai dengan pekerja restoran itu.

Difahamkan, kejadian berlaku akibat kumpulan itu tidak berpuas hati kerana gagal memesan makanan.

Warganet yang berada di lokasi mendakwa kumpulan itu datang ke restoran berkenaan untuk makan pada 9.30 malam.

Namun, permintaan mereka tidak dilayan kerana restoran dalam persediaan untuk menutup operasi.

Akibat tidak berpuas hati berlaku pertelingkahan sebelum beberapa lelaki berkenaan 'mengamuk'.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Mac 2021 @ 8:28 AM