Keputusan tinjauan pendapat di Facebook dan Instagram Harian Metro.
Keputusan tinjauan pendapat di Facebook dan Instagram Harian Metro.
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Rata-rata responden pelayar maya bersetuju membenarkan anak prasekolah, Tahun Satu dan Dua memulakan sesi persekolahan baharu, esok.

Ia berdasarkan tinjauan pendapat dilakukan di Facebook dan Instagram Harian Metro (HM) setakat jam 12 tengah hari ini.

Tinjauan pendapat di Facebook HM yang bermula sejak semalam itu menarik undian 18,400 responden.

Daripada jumlah itu, sebanyak 62 peratus atau 11,400 menyokong pembukaan semula sekolah untuk murid prasekolah, Tahun Satu dan Dua manakala 38 peratus atau 7,000 tidak menyokong.

Selain itu undian sama menerusi Instagram mendapati 59 peratus bersetuju dan 41 peratus tidak bersetuju.

Ia susulan pengumuman kerajaan bahawa sesi persekolahan bagi murid prasekolah, Tahun Satu dan Dua akan bermula 1 Mac ini manakala murid Tahun Tiga hingga Tahun Enam dibenarkan hadir ke sekolah pada 8 Mac.

Dalam pada itu, HM turut meninjau pendapat orang ramai mengenai keyakinan mereka terhadap langkah pencegahan di sekolah adakah mencukupi bagi mengekang penularan Covid-19.

Tinjauan pendapat di Facebook HM mendapati seramai 18,700 responden menyertai undian dengan 62 peratus bersetuju manakala selebihnya tidak bersetuju.

Keputusan sama dilihat menerusi akaun Instagram HM dengan 69 peratus bersetuju manakala 31 peratus menjawab tidak.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Februari 2021 @ 4:44 PM