SULTAN Perak Sultan Nazrin Shah (kiri) mencemar duli berangkat ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk melihat kesiapsiagaan kelengkapan dan fasiliti pusat itu di Stadium Indera Mulia, Ipoh hari ini. FOTO Bernama
SULTAN Perak Sultan Nazrin Shah (kiri) mencemar duli berangkat ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk melihat kesiapsiagaan kelengkapan dan fasiliti pusat itu di Stadium Indera Mulia, Ipoh hari ini. FOTO Bernama
Balqis Jazimah Zahari


Ipoh: Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Pusat Penerimaan Vaksin (PPV) di Stadium Indera Mulia di sini, semalam.

Ketibaan baginda di perkarangan stadium pada jam 10.15 pagi disambut oleh Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Keberangkatan baginda bertujuan untuk melihat kesiapsiagaan kelengkapan dan fasiliti PPV di stadium berkenaan dalam melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Peringkat Negeri Perak.

Baginda sangat prihatin akan kesejahteraan rakyat dan sentiasa mengikuti perkembangan program berkenaan yang dijadualkan bermula 1 Mac ini.

Di Perak, 34,743 petugas barisan hadapan terdiri daripada petugas kesihatan, pertahanan dan perkhidmatan penting tersenarai untuk menerima suntikan vaksin berkenaan bagi fasa pertama pelaksanaan program ini.

Maklumat lanjut berkaitan Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 boleh diperoleh di www.vaksincovid.gov.my.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Februari 2021 @ 5:31 PM