BERNAMA

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di Kuching, Serian dan Samarahan di Sarawak sehingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan dalam tempoh itu juga angin kencang Timur Laut berkelajuan 50 sehingga 60 kilometer sejam dengan ombak mencapai sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di perairan negeri di pantai timur Semenanjung, Sarawak, Sabah dan Labuan.

"Kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit," menurut kenyataan itu.

TAMAN perumahan di  Kuching banjir kilat akibat hujan lebat dan air surut sejam selepas hujan berhenti. MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di Kuching, Serian dan Samarahan di Sarawak sehingga esok. FOTO Nadim Bokhari

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Februari 2021 @ 4:03 PM