FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
Muhaamad Hafis Nawawi


Ampang: Lapan individu yang didakwa berkumpul bagi menyambut Tahun Baharu Cina di Bukit Ketumbar, di sini, baru-baru ini sudah tampil bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, sehingga hari ini enam lelaki dan dua wanita yang menyertai aktiviti itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang.

Menurutnya, semua suspek sudah dirakam percakapan dan dikenakan kompaun kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengikut Peraturan 11 (3) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

"Mana-mana individu lain yang hadir pada majlis di Bukit Ketumbar itu diminta tampil segera bagi membantu siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, polis memburu kira-kira 20 individu dikatakan melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP selepas berkumpul bagi menyambut Tahun Baharu Cina di Bukit Ketumbar, di sini, baru-baru ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Februari 2021 @ 9:37 PM