KK Chua (kanan) menyampaikan replika cek sambil diperhatikan Zuraida (tengah) dan Izzue Islam.
KK Chua (kanan) menyampaikan replika cek sambil diperhatikan Zuraida (tengah) dan Izzue Islam.

Putrajaya: Menyedari betapa pentingnya pemakaian pelitup muka bagi membendung penularan Covid-19, memberikan inisiatif kepada Neutrovis dan Himaya menyampaikan sumbangan kepada rakyat dan barisan hadapan.

Pengarah Urusan Maystar Beauty Sdn Bhd dan pemilik jenama Neutrovis, Zayn Puah berkata sumbangan berkenaan adalah bagi membantu meringankan beban mereka yang memerlukan.

"Usaha CSR kami adalah untuk mengurangkan beban rakyat dan frontliner pada masa pandemik ini," kata Zayn Puah selepas majlis penyampaian sumbangan berkenaan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Hadir sama Pengarah Urusan Anggun Kirana Sdn Bhd serta pemilik jenama Himaya, Datuk KK Chua serta duta jenama Neutrovis, Izzue Islam.

Sebanyak 10,000 kotak pelitup muka bernilai RM350,000 disumbangkan untuk membantu golongan kurang mampu, komuniti B40, penduduk PPR dan frontliners.

Inisiatif ini dilancarkan dalam semangat perayaan Tahun Baru Cina.

Sementara itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Zuraida Kamaruddin, mengucapkan kesyukuran di atas inisiatif Neutrovis dan Himaya.

"Terima kasih kepada Anggun Kirana dan Maystar Beauty kerana telah menyumbangkan pelitup muka kepada golongan rakyat yang memerlukannya.

"Pelitup muka yang disumbangkan adalah istimewa kerana diluluskan oleh Medical Device Authority (MDA).

"Saya harap sumbangan ini dapat membantu penduduk PPR dan golongan B40, " katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Februari 2021 @ 3:55 PM