FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Seramai 47 daripada 8.028 pekerja warga asing yang menjalani ujian saringan disahkan positif Covid-19, semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, secara kumulatif sejak 1 Disember lalu, seramai 259,129 pekerja warga asing menjalani ujian saringan membabitkan 10,741 majikan.

"Daripada jumlah ini, seramai 4,782 orang disahkan positif Covid-19 manakala 254,347 lagi adalah negatif," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurunya, sehingga kini sebanyak 890 klinik mengambil bahagian dalam program saringan berkenaan.

Katanya, ia selari dengan arahan kerajaan yang mewajibkan semua pekerja asing khususnya di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sabah, Kuala Lumpur serta Labuan menjalani ujian saringan Covid-19 dan kos ditanggung oleh majikan masing-masing.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 January 2021 @ 7:40 PM