ISTIADAT Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang Tahun 2020 ditangguhkan sehingga dimaklumkan. FOTO Arkib NSTP
ISTIADAT Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang Tahun 2020 ditangguhkan sehingga dimaklumkan. FOTO Arkib NSTP
BERNAMA

Georgetown: Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang Tahun 2020 yang dijadual pada 6 Februari dan 7 Februari depan ditangguhkan sehingga dimaklumkan.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Law Choo Kiang dalam kenyataan hari ini berkata, penangguhan istiadat berkenaan susulan situasi semasa penularan wabak Covid-19 di negeri ini serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ia adalah kali keempat penangguhan istiadat itu berikutan situasi pandemik Covid-19.

Sebelum ini, istiadat yang dirancang pada 21 November lalu ditangguhkan kepada 16 Januari lalu sebelum ditunda lagi kepada 6 Februari depan.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 January 2021 @ 3:45 PM