BARANGAN keperluan asas. FOTO Bernama
BARANGAN keperluan asas. FOTO Bernama
Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: Hasil pemeriksaan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), semalam, mendapati bekalan makanan di pasaran negara dalam keadaan stabil dan mencukupi.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, maklumat itu diperoleh hasil pemeriksaan dan pemantauan anggota penguatkuasa di peringkat peruncit serta pemborong.

Menurutnya, KPDNHEP menjalankan 748 pemantauan harian ke atas 11 jenis bekalan barangan membabitkan 574 peruncit, 146 pemborong dan 28 engilang, semalam.

"Pemeriksaan mendapati bekalan makanan berada dalam keadaan stabil dan mencukupi," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri berkata, enam premis dikenakan kompaun oleh pegawai penguatkuasa KPDNHEP hasil 1,835 pemeriksaan khas pematuhan yang dijalankan, semalam.

Menurutnya, anggota penguatkuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) pula menjalankan pemeriksaan di 18 tapak binaan di seluruh negara, semalam.

"Hasil pemeriksaan mendapati 17 tapak binaan beroperasi manakala satu lagi tidak beroperasi.

"Dalam pemeriksaan itu, CIDB mendapati kesemua tapak binaan mematuhi SOP.

"Secara keseluruhannya, CIDB melakukan 14,607 pemeriksaan membabitkan 8,266 tapak binaan sejak 20 April lalu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 January 2021 @ 7:13 PM