Pemandu kereta menjalani ujian selepas dikesan memandu di bawah pengaruh alkohol di SJR hadapan Balai Polis Lukut, Port Dickson pagi hari ini. Foto Ihsan PDRM
Pemandu kereta menjalani ujian selepas dikesan memandu di bawah pengaruh alkohol di SJR hadapan Balai Polis Lukut, Port Dickson pagi hari ini. Foto Ihsan PDRM
Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: Pemandu kereta ditahan polis di sekatan jalan raya (SJR) Op Covid-19 di hadapan Balai Polis Lukut selepas dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol pada awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pemandu berusia 33 tahun berkenaan ditahan pada 1.15 pagi di SJR Jalan Seremban-Port Dickson di sini

Menurutnya, lelaki terbabit memandu sebuah kereta bersama rakannya berusia 24 tahun dalam perjalanan dari arah Seremban menghala ke Port Dickson dan melalui SJR terbabit.

"Dalam pemeriksaan awal mendapati pemandu kereta berkenaan disyaki berada di bawah pengaruh alkohol," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Aidi Sham berkata, pemandu dan rakannya itu juga dikenakan kompaun kerana melanggar syarat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Menurutnya, mereka juga disiasat mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 January 2021 @ 11:32 AM