PEGAWAI kesihatan menyediakan ujian RTG-Ag di Petaling Jaya, 19 Jan lalu. FOTO EPA
PEGAWAI kesihatan menyediakan ujian RTG-Ag di Petaling Jaya, 19 Jan lalu. FOTO EPA
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Sebanyak 1,266,862 ujian Antigen Rapid Test Kit (RTK-Ag) bagi Covid-19 sudah dilaksanakan sejak Mei tahun lalu sehingga semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah mula menggunakan kaedah ujian RTK-Ag bermula Mei 2020.

Menurutnya, ketika itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) belum lagi mengesyorkan ujian RTK-Ag.

"Penggunaan ujian RTK-Ag adalah semakin meningkat di seluruh negara dan di Sabah sahaja hampir mencecah 100,000 sebulan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 January 2021 @ 11:49 AM