BANJIR semakin surut di sekitar Chukai. FOTO ZATUL IFFAH ZOLKIPLY
BANJIR semakin surut di sekitar Chukai. FOTO ZATUL IFFAH ZOLKIPLY
Zatul Iffah Zolkiply


Chukai: Keadaan banjir di Terengganu beransur pulih apabila hanya seramai 3,956 mangsa masih ditempatkan di 17 pusat pemindahan sementara (PPS).

Sehingga 8 pagi hari ini, semua mangsa daripada 976 keluarga berada di PPS di daerah Dungun dan Kemaman.

Petang semalam, seramai 6,613 orang daripada 1,612 keluarga ditempatkan di 22 PPS di daerah sama.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, Kemaman yang sebelum ini merekodkan jumlah mangsa tertinggi turut menunjukkan penurunan apabila hanya 3,564 mangsa daripada 876 keluarga berada di sembilan PPS.

"Ia menunjukkan penurunan berbanding semalam yang merekodkan 6,045 orang membabitkan 1,461 keluarga berada di 11 PPS.

"Di Dungun, jumlah mangsa menurun kepada 392 orang membabitkan 100 keluarga yang ditempatkan di lapan PPS," katanya.

Che Adam, paras sungai menunjukkan trend menurun di sebelah hulu.

Beliau berkata, kebanyakan sungai di Terengganu berada pada paras normal kecuali Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman yang masih melepasi paras bahaya dengan bacaan 4.52 meter.

Menurutnya, empat lagi sungai pula direkodkan berada pada paras waspada iaitu dua di Dungun serta masing-masing satu di Kuala Nerus dan Setiu.


Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 January 2021 @ 8:53 AM