MOHAMMAD Hamdan. FOTO Zatul Iffah Zolkiply
MOHAMMAD Hamdan. FOTO Zatul Iffah Zolkiply
Zatul Iffah Zolkiply

Chukai: Bencana banjir yang melanda sejak November tahun lalu merekodkan sembilan kematian.

Ia membabitkan lima kes di Pahang, tiga kes di Johor dan satu kes di Kelantan.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, kejadian itu membabitkan pelbagai situasi yang dilalui mangsa lemas di kawasan banjir sejak November tahun lalu.

Katanya, ada beberapa senario yang menyumbang kepada statistik kes lemas setakat hari ini.

"Ada kes lemas berlaku apabila mangsa ini dalam perjalanan balik ke rumah tetapi terjatuh ke longkang kerana jalan yang dilaluinya dipenuhi air.

"Apabila jatuh, mangsa dibawa arus deras selain ada juga kes lemas ketika menaiki kenderaan untuk meredah banjir.

"Kita tidak mahu kejadian seperti ini berlaku dan disebabkan itu, kita berulang kali menasihati orang ramai supaya tidak mengambil risiko meredah banjir termasuk menggunakan kenderaan," katanya pada Program Lawatan dan Tinjauan Banjir Ketua Pengarah JBPM di Kemaman di sini, hari ini.

Mohammad Hamdan berkata, penduduk yang terjejas banjir turut diminta supaya menutup suis utama elektrik sebelum meninggalkan rumah untuk ke pusat pemindahan sementara (PPS).

"Langkah itu bertujuan mengelak berlakunya kejadian tidak diingini sepanjang mereka berada di PPS," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 January 2021 @ 7:27 PM