BERNAMA

Butterworth: Suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, masing-masing atas 60 pertuduhan menyalah guna wang milik sebuah syarikat berjumlah RM191,312.70.

Nor Hasni Edirin Hasan, 40, mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan itu, bagaimanapun isterinya, Siti Hajar Hasan Basri, 35, minta dibicarakan.

Mengikut pertuduhan, Nor Hasni yang bekerja sebagai pemandu lori dan isterinya yang juga suri rumah, didakwa bersama-sama menyalahgunakan wang milik Syarikat Mandy Corporation Sdn Bhd berjumlah RM191,312.70 di beberapa bank di sekitar daerah Seberang Perai Utara antara 4 Julai hingga 11 Ogos lalu.

Sepasang suami isteri Nor Hasni Edirin Hasan, 41, (kanan) dan Siti Hajar Hasan Basri, 36, (kiri) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Butterworth di sini, atas 60 pertuduhan melakukan salah guna wang pada Julai dan Ogos tahun lalu. FOTO/DANIAL SAAD
Sepasang suami isteri Nor Hasni Edirin Hasan, 41, (kanan) dan Siti Hajar Hasan Basri, 36, (kiri) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Butterworth di sini, atas 60 pertuduhan melakukan salah guna wang pada Julai dan Ogos tahun lalu. FOTO/DANIAL SAAD

Pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Penolong Pendaftar Mahkamah Foon Char Peng menetapkan 2 Februari untuk menjatuhkan hukuman terhadap Nor Hasni dan sebutan semula kes untuk Siti Hajar serta membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin RM3,000 bagi setiap pertuduhan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norliza Ab Aziz dan Asma' Amira Shahidan manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 January 2021 @ 7:05 PM