Aliran trafik dilihat perlahan menghala ke Ibu kota. FOTO BERNAMA
Aliran trafik dilihat perlahan menghala ke Ibu kota. FOTO BERNAMA
BERNAMA

Kuala Lumpur: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan setakat 8.15 malam ini berikutan orang ramai yang bercuti sempena perayaan Krismas dan cuti hujung minggu yang panjang.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, ini termasuk aliran trafik dari Gurun ke Sungai Petani Utara, Changkat Jering ke Bukit Berapit, Kuala Kangsar ke Sungai Perak dan Ipoh Utara ke Hentian sebelah Simpang Pulai.

"Aliran trafik turut dilaporkan perlahan dari arah Tapah ke Sungkai, Bukit Tagar ke Bukit Beruntung dan Terowong Menora ke Sungai Perak," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya di kawasan selatan negara, trafik dilaporkan perlahan di Machap ke Sedenak, Kulai ke Senai dan Hentian Sebelah Pedas Linggi arah utara ke Seremban

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di kawasan pantai timur bergerak perlahan dari Plaza Tol Bentong ke Lentang dan sebelum masuk Plaza Tol Gombak.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter rasmi Plusline dan LLMinfotrafik.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Disember 2020 @ 9:34 PM