KEADAAN di lokasi pencarian.
KEADAAN di lokasi pencarian.
Norsyazwani Nasri

Sarikei: Kanak-kanak yang lemas selepas mandi di sungai berdekatan rumah panjang Unja, Jalan Bayong/Simpang Koko,Nanga Ribong, di sini, petang semalam ditemui, malam tadi.

Mayat, Santa ak Ngali, 12, dijumpai terapung kira-kira 100 meter jarak dari lokasi kejadian oleh penduduk kampung.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, identiti mangsa disahkan oleh ahli keluarga.

"Mayat mangsa dibawa terus ke rumah panjang dan diserahkan kepada ahli keluarga," katanya.

Dalam kejadian itu, mangsa yang mandi bersama rakannya hilang selepas dihanyutkan arus sungai.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Disember 2020 @ 9:12 AM