Zaid Salim

Chukai: Hujan berterusan menyebabkan keadaan banjir di negeri ini semakin buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan seramai 2,738 orang daripada 654 keluarga.

Pusat pemindahan sementara (PPS) yang diaktifkan juga meningkat kepada 20 dengan satu PPS baharu diaktifkan di Setiu, manakala Dungun kekal dengan tiga PPS iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Minda, Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja dan Dewan Orang Ramai Kampung Syukor.

Keadaan banjir di daerah Kemaman semakin buruk dengan mangsa terbaru dipindahkan meningkat kepada 2,575 orang membabitkan 602 keluarga sehingga jam 12 tengah malam ini.

Sebanyak 16 PPS dibuka di daerah ini bagi menempatkan semua mangsa banjir terbabit iaitu PPS Universiti Kokej TATI (TATI UC), Pasir Gajah, Masjid Tebak BT 16, Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Kalong, Balairaya Padang, Dewan MPKK Titian Berayun.

PENDUDUK keluar ke PPS selepas kediaman mereka dinaiki air susulan hujan lebat. FOTO Ghazali Kori
PENDUDUK keluar ke PPS selepas kediaman mereka dinaiki air susulan hujan lebat. FOTO Ghazali Kori

PPS Masjid Sungai Mas, Balairaya MPKK Padang Kubu, Dewan Orang Ramai Kampung Teladas, Balairaya Kampung Paya Berenjut, SK Kemasik dan Dewan Orang Ramai Pengkalan Rangoon.

Manakala empat lagi yang baru diaktifkan adalah PPS SK Ibok, Masjid Dadong, Dewan Orang Ramai Bt 14 dan SMK Sultan Ismail.

Di Setiu, satu PPS baharu diaktifkan iaitu Balairaya Kampung Bukit Nenas yang menempatkan dua mangsa daripada satu keluarga.

Manakala, Dungun kekal dengan jumlah mangsa yang dipindahkan seramai 161 orang daripada 51 keluarga.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Disember 2020 @ 12:47 AM