KEJADIAN jalan mendap di Jalan Gua Musang-Lojing kawasan FT185 dekat Lojing. FOTO RAMLI IBRAHIM
KEJADIAN jalan mendap di Jalan Gua Musang-Lojing kawasan FT185 dekat Lojing. FOTO RAMLI IBRAHIM
Ramli Ibrahim.


Gua Musang: Pengguna jalan raya yang melalui laluan Gua Musang-Lojing dinasihat berhati-hati kerana berlaku kejadian jalan runtuh di laluan FT185 dekat Lojing.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, kejadian itu dikesan berlaku 9.50 pagi, Ahad lalu di Seksyen 63.700.

Beliau berkata, runtuhan itu sedalam 25 meter boleh terdedah kepada kejadian tidak diingini.

Katanya, kon keselamatan sudah diletakkan di lokasi kejadian bagi memberi peringatan kepada semua pengguna jalan raya terbabit.

"Bagaimanapun, laluan itu tidak ditutup dan masih dibuka seperti biasa untuk laluan semua kenderaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Shafien berkata, jalan di lokasi kejadian tidak ada laluan alternatif dan ditutup selorong.

Beliau berkata, kejadian itu kesan daripada taburan hujan lebat berterusan mengakibatkan kegagalan struktur tanah.

"Hanya yang lebih penting semua pengguna perlu berwaspada dan elak daripada menghampiri dilaluan jalan runtuh," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Disember 2020 @ 2:46 PM