NOORHASLINDA (kiri) bersama kakaknya, Noorazura yang ditemukan dengan selamat selepas lebih dua bulan hilang. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap
NOORHASLINDA (kiri) bersama kakaknya, Noorazura yang ditemukan dengan selamat selepas lebih dua bulan hilang. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap
Abnor Hamizam Abd Manap


Jelebu: Selepas lebih dua bulan hilang, wanita orang kurang upaya (OKU) ditemukan dalam keadaan selamat oleh pekerja sebuah restoran makanan di Terminal One, Seremban, Jumaat lalu.

Adik wanita berkenaan, Noorhaslinda Rosli, 30, berkata, dia dan ahli keluarga lega dan gembira apabila kakaknya Noorazura, 35 berjaya ditemukan semula.

Katanya, kakitangan restoran menghubunginya pada jam 12.30 tengah hari selepas mendapati kakak hanya duduk di meja makan tanpa membuat pesanan makanan.

"Sebaik mengetahui kakak adalah orang hilang yang dicari, mereka kemudian memaklumkan kepada saya," katanya hari ini.

Noorhaslinda berkata, berikutan itu mereka bergegas ke Seremban bagi menjemput kakaknya itu.

Katanya, dia sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang turut membantu mereka mencari kakaknya.

Portal MyMetro pada 7 Oktober lalu menyiarkan kisah kehilangan Noorazura yang tidak pulang ke rumah selepas keluar membeli makanan di Kuala Klawang.

Berita berkaitan

Dah 7 hari hilang

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Disember 2020 @ 3:30 PM