Dr Abdul Aziz Bari (kanan).
Dr Abdul Aziz Bari (kanan).
Balqis Jazimah Zahari


Ipoh: "Saya harap kerajaan ini dapat menjalankan fungsi dengan baik dengan mengambil iktibar daripada pentadbiran sebelum ini yang tumbang akibat kelemahan dan kegagalan mereka," kata Naib Pengerusi DAP Perak, Dr Abdul Aziz Bari.

Abdul Aziz berkata, pihaknya mengucapkan tahniah di atas pelantikan Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak yang baharu dan yakin beliau dapat menjalankamn tugas dengan sebaiknya.

"Semua pihak perlu akur dengan titah Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai peringatan untuk ahli politik.

"Bagaimanapun, saya agak kecewa dengan laporan yang memaklumlan Saarani akan mengekalkan belanjawan (Datuk Seri) Ahmad Faizal (Azumu). Sepatutnya kerajaan baharu ada idea dan pendekatan yang baru," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tebing Tinggi terbabit.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, pihaknya akan terus berkhidmat kepada rakyat sebagai pembangkang di dalam perbahasan belanjawan negeri yang akan datang.

Beliau berkata, semua ahli politik perlu memberi tumpuan fikiran dan tenaga kepada pentadbiran negeri demi kepentingan rakyat.

"Marilah kita bekerjasama dalam menjamin masa depan rakyat ketika menghadapi dunia pasca Covid-19," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Disember 2020 @ 5:01 PM