NGA melambai tangan ketika tiba di Istana Kinta untuk mengadap Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. FOTO Sharul Hafiz Zam.
NGA melambai tangan ketika tiba di Istana Kinta untuk mengadap Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. FOTO Sharul Hafiz Zam.
Balqis Jazimah Zahari


Ipoh: Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas Perak berkemungkinan besar tidak mengadap Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, hari ini.

Perkara itu dimaklumkan pihak Istana Perak yang menjelaskan sesi bersama Adun itu sepatutnya pada 3 petang tadi.

Adun berkenaan adalah Razman Zakaria (Gunong Semanggol); Mohd Akmal Kamaruddin (Selama) dan Khalil Yahaya (Kubu Gajah).

Terdahulu, Istana Kinta sibuk sejak pagi dengan pergerakan keluar masuk pemimpin politik susulan kemelut berlaku selepas undi percaya Menteri Besar yang menyaksikan Datuk Seri Faizal Azumu meletak jawatan.

Pagi hari ini, Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidin diberi perkenan menyembah calon Menteri Besar Perak yang baharu, sebelum Sultan Nazrin bertitah supaya Adun Pas dan Bersatu mengadap baginda.

Bagaimanapun, tiga pemimpin Pakatan Harapan (PH) turut dilihat memasuki pekarangan istana pada 2.55 petang dipercayai untuk sembah maklum situasi politik semasa.

Pemimpin itu adalah Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming selain Pengerusi Parti Amanah Negara Perak, Datuk Asmuni Awi yang masuk pada 3.05 petang.

Berita berkaitan

  • 'Saya dipanggil seorang sahaja menghadap Tuanku'- Adun Titi Serong
  • Hak Sultan Nazrin umumkan Menteri Besar Perak - Zahid
  • DAP sedia jalin kerjasama dengan Umno di Perak
  • Kerajaan PN di Perak perlu dipertahankan [METROTV]
  • SD 26 Adun sokong Saarani jadi MB
  • Sultan Perak perkenan peletakan jawatan Ahmad Faizal
  • Kerajaan PN Perak mesti dikekalkan - Umno
  • Ahmad Faizal berharap PN Perak tidak berpecah-belah
  • Saarani, Shahrul Zaman, Abdul Aziz disebut-sebut calon MB Perak?
  • Usul undi percaya bukti mendaulatkan sistem demokrasi
  • PAS tidak sertai pembentukan kerajaan Perak baharu
  • 'Nampak tenang, dalam jiwa berkocak'
  • Ahmad Faizal tak akan usul bubar DUN
  • Ahmad Faizal jamin peralihan kerajaan Perak berhemah
  • Ahli Bersatu Perak diminta bertenang: Ahmad Faizal
  • MB Perak gagal dapat sokongan majoriti
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Disember 2020 @ 4:08 PM